Tuesday, December 22, 2009

PENGURUSAN JENAZAH

Slide 2
nMati

Muqadimah

n Mati merupakan suatu keadaan yang berlaku apabila roh keluar meninggalkan jasad.Kematian berlaku tanpa terikat dengan tanda tertentu.Selepas nyawa keluar dari badan mulalah terdapat tanda yang menunjukkan bahawa orang yang memiliki jasad itu telah mati.Dengan merujuk kepada al-quran dan hadis dinyatakan secara tidak langsung bahawa berhentinya segala pergerakan dan percakapan sebagai dua tanda yang terdapat pada seseorang yang sudah mati.

n Firman Allah s.w.t. dalam Surah Yasin ayat 36 maksudnya:-

n “(Setelah ia mati)lalu dikatakan kepadanya : Masuklah ke dalam syurga. Ia berkata: Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui”.

n Seseorang Islam yang telah disahkan meninggal dunia wajib Fardhu kifayah dilakukan empat perkara keatasnya :-

1. Dimandikan

2. Dikafankan

3. Disembahyangkan

4. Dikebumikan

n Sunat dimandikan jenazah dengan segera apabila di yakini telah meninggal dunia.Jika dikebumikan sebelum dimandikan, maka wajib digalikan kembali dan dimandikan.Cara yang paling sempurna memandikan mayat ialah diletakkan jenazah di tempat yang tidak ada orang dan dilindungi dengan dinding.Lebih afdal dimandikan di bawah atap kerana ia lebih terlindung.Jika tiada air atau tidak dapat dimandikan hendaklah dilakukan tayammum pada mayat sebagai ganti mandi.

Ikhtilaf Ulama’

Imam Abu Hanifah dan Imam Malik

n Hendaklah dilepaskan pakaiannya dan dibiarkan mandi dengan terbuka badan kecuali auratnya.

Imam Syafie dan Imam Hambali

n Disunatkan mandi menggunakan pakaian yang ada dan menurut Imam Syafie lagi dimandikan tempat terbuka atau dibawah langit. Sebahagian Ulama mengatakan dibawah atap lebih utama.

MEMANDIKAN
JENAZAH SUAMI / ISTERI

n Ulama’ bersepakat isteri BOLEH memandikan suaminya.

Imam Hanafi

n Suami tidak harus memandikan atau menyentuh jenazah isterinya kerana hubungan perkahwinan telah terputus dengan sebab kematian.

Jumhur Ulama’ (Imam Syafie, Imam Maliki, Imam Hambali)

n HARUS memandikan jenazah suami/isteri dengan syarat berlapik tangan tetapi tidak boleh menyentuh mayat itu sama ada perempuan muslim/ dhimmi kerana perkahwinan kekal hingga waktu kematian .

Hadith Aisyah Maksudnya :-

“Rasulullah s.a.w. kembali kepadaku dari menziarahi jenazah di perkuburan Baqi’, ketika itu aku sedang sakit kepala, lalu aku berkata, “Aku sakit kepala”.Baginda berkata, “Bahkan aku juga sakit kepala, apakah yang perlu disusahkan jika kamu mati dahulu sebelumku, aku akan memandikanmu, mengafankanmu kemudian aku menyembahyangkan dan mengebumikanmu.

JENAZAH BERCAMPUR

n Jika berbercampur aduk jenazah orang islam dengan orang kafir sehingga tidak dapat dibezakan lagi maka pada ketika itu WAJIB semua jenazah tersebut dimandi, dikafan dan disembahyangkan.Dengan diniatkan untuk orang islam bukan orang kafir.

n JIKA TUBUH MAYAT HILANG, SAKIT, TERBAKAR, DIMAKAN BINATANG ATAU LAINNYA. APAKAH SISANYA WAJIB DIMANDIKAN?

n Bila hanya terdapat sebahagian sahaja jasad yang ada maka menurut Pendapat Para Ulama’ ;

Imam HanafiTIDAK WAJIB dimandikan

Imam MalikWAJIB dimandikan walau hanya sepertiga anggota tubuhnya

Imam Syafie dan Imam Hambali

n TETAP WAJIB dimandikan walau hanya sebahagian anggota tubuhnya.

CARA MEMANDIKAN JENAZAH

n Dengan menghilangkan kekotoran dibadan dahulu dan diratakan air di seluruh badan serta menggunakan air yang suci dan bersih. Sama seperti mandi junub.

n Menutup aurat antara pusat dan lutut.

Pendapat Imam Syafie- dimandikan dengan menggunakan bajunya.

n Dibasuh bahagian aurat menggunakan sarung tangan/ kain yang berlapik.

n Gosok mulut jenazah dengan menggunakan jari tetapi tidak boleh dibuka mulutnya.

NIAT MEMANDIKAN JENAZAH

n Pendapat Imam Syafie dan Hanafi –TIDAK WAJIB

n Pendapat Imam Malik – WAJIB

PERMASALAHAN

n Keluar najis ketika memandikan

Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam SyafieWAJIB menghilangkan sahaja kotoran tersebut.

Imam AhmadWAJIB mandi sekiranya keluar sesuatu dari faraj.

SOALAN

n Bolehkah mencabut bulu-bulu pada mayat ?

Imam Abu Hanifah dan Imam MalikMAKRUH

Imam Syafie dan Imam Ahmad –TIDAK MENGAPA

PERKARA SUNAT KETIKA MEMANDIKAN JENAZAH

Mengambil wuduk bagi jenazah

    1. Menutup aurat jenazah suami/isteri ketika dimandikan oleh isteri/suami.

Pendapat Imam Syafie : dimandikan bersama dengan bajunya/ seumpamanya.

    1. Mengganjilkan hitungan seperti 3,5 atau 9 kali mandian.

4. Dengan menggunakan sabun

5. Dimandikan dengan air sejuk biasa dan dicampur dengan kapur barus.

6. Orang yang tidak terlibat dengan pemandian tidak boleh hadir.

7. Ketika mandi dimulakan sebelah kanan anggota. Siramkan air dengan 3 kali siram atau mengikut keperluan. Selepas itu bahagian kiri pula.

8. Sunat diinaikan janggut dan rambut sekalipun belum beruban.

9. Dibubuh dengan bau-bauan ke atas anggota mayat.

MENGKAFANKAN JENAZAH

Menurut JumhurFARDHU KIFAYAH

v Meliputi seluruh badan jenazah

Perbelanjaan Kafan :

Imam Syafie dan Hanafi – suami yang menanggung belanja.

Imam Maliki dan Hanbali – suami tidak wajib menanggung belanja .

Imam Hanafi – 3 jenis kafan

- Kafan darurat – mencukupi untuk seluruh jasad.

- Kafan mencukupi – 2 lapis kain bagi lelaki, 2 lapis kain dan 1 kain tutup kepala bagi perempuan

- Kafan sunnah ( kafan paling sempurna ) – 3 lapis kain bagi lelaki dan 5 lapis kain bagi perempuan

Imam Malik – 5 lapis kain bagi lelaki dan 7 lapis kain bagi perempuan. 7 lapis.

Imam Hanbali sependapat dengan Imam Syafie ,– selapis kain yang menutup aurat mayat lelaki , manakala mayat perempuan seluruh jasad kecuali muka dan tapak tangan

PERKARA SUNAT KETIKA MENGKAFANKAN JENAZAH

n Kain yang putih dan lebih baik menggunakan kain kapas.

n 2- Diasapkan kain kapan dengan kayu gaharu 3 kali.

n 3- Kapan lebih daripada selapis: 2 lapis lebih afdal dari selapis

n 4- Meletakkan ramuan bau – bauan di atas setiap lapisan kain kapan.

n 5- Memilih kain yang baik.

HUKUM SOLAT JENAZAH

Ijma’ Ulama’ – FARDHU KIFAYAH kecuali orang yang mati syahid.

Hanafi – Hukumnya FARDHU kecuali :

1. Al-Bughah ( Penderhaka )

2. Qutta’ al-Tariq ( Perompak yang mati ketika merompak )

3. Al-Asabiyyah ( Perkauman )

4. Perompak di dalam kota pada waktu malam

- Tidak disembangkan mayat pembunuh, tetapi jika pembunuh itu mati sendiri maka disembahyangkan mayatnya, begitu juga pendapat Imam Syafi’I

Maliki – Imam ( peperintah ) tidak boleh meyembahyangkan mayat yang dihukum Hudud atau Qisas. Tetapi orang lain boleh menyembahyangkannya

Hanbali – mengecualikan kefardhuan sembahyang ke atas mayat – mati syahid, mati kezaliman.

MENGEBUMIKAN JENAZAH

n Para Imam bersepakat membawa jenazah ke perkuburan adalah fardhu kifayah.

CARANYA : -

- Imam Hanafi - masukkan mayat ke dalam liang lahad dari arah kiblat .

- Imam Maliki – tidak menjadi kesalahan memasukkan mayat ke dalam kubur dari mana-mana arah tetapi lebih utama dari arah kiblat.

- Imam Syafi’I dan Hanbali – sunat dari arah kaki jika ia menyenangkan.

TEMPAT PENGKEBUMIAN MAYAT DI LAUT

n Imam Hanafi – dikafankan dengan kemas dan dimasukkan dalam keranda

n Imam Hambali – letak sesuatu yang berat supaya tenggelam.

n Imam Maliki – tidak harus meletakkan sesuatu yang berat dan dicampakkam ke dalam air laut.

n Imam Syafi’i – letak di antara 2 keping papan dan campakkan ke dalam laut.

n Pendapat Jumhur Ulama’ – mencampakkan mayat ke laut hingga tenggelam maka tercapailah maksud pengkebumian.

CEBISAN MAYAT ATAU TERBAKAR

n Imam Syafi’i dan Hanbali – hendaklah dimandikan dan disembahyangkan jika terdapat sebahagian badan.

n Imam Hanafi dan Maliki – hendaklah disembahyangkan jika bahagian badan lebih banyak dari yang lain, jika sedikit tidak wajib.

n Hendaklah dilakukan tayamum – jika tiada air.

n Jika ada anggota yang terputus - hendaklah dijahit atau diikat supaya tidak nampak cacatnya.

PENUTUP

n Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati walaupun zaman telah berubah, dunia telah maju. Hanya Allah yang tahu kejadian dan kematian di muka bumi ini.

merupakan suatu keadaan yang berlaku apabila roh keluar meninggalkan jasad.Kematian berlaku tanpa terikat dengan tanda tertentu.Selepas nyawa keluar dari badan mulalah terdapat tanda yang menunjukkan bahawa orang yang memiliki jasad itu telah mati.Dengan merujuk kepada al-quran dan hadis dinyatakan secara tidak langsung bahawa berhentinya segala pergerakan dan percakapan sebagai dua tanda yang terdapat pada seseorang yang sudah mati.
nFirman Allah s.w.t. dalam Surah Yasin ayat 36 maksudnya:-
n“(Setelah ia mati)lalu dikatakan kepadanya : Masuklah ke dalam syurga. Ia berkata: Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui”.
n Seseorang Islam yang telah disahkan meninggal dunia wajib Fardhu kifayah dilakukan empat perkara keatasnya :-
1.Dimandikan
2.Dikafankan
3.Disembahyangkan
4.Dikebumikan

Slide 2
nMati merupakan suatu keadaan yang berlaku apabila roh keluar meninggalkan jasad.Kematian berlaku tanpa terikat dengan tanda tertentu.Selepas nyawa keluar dari badan mulalah terdapat tanda yang menunjukkan bahawa orang yang memiliki jasad itu telah mati.Dengan merujuk kepada al-quran dan hadis dinyatakan secara tidak langsung bahawa berhentinya segala pergerakan dan percakapan sebagai dua tanda yang terdapat pada seseorang yang sudah mati.
nFirman Allah s.w.t. dalam Surah Yasin ayat 36 maksudnya:-
n“(Setelah ia mati)lalu dikatakan kepadanya : Masuklah ke dalam syurga. Ia berkata: Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui”.
n Seseorang Islam yang telah disahkan meninggal dunia wajib Fardhu kifayah dilakukan empat perkara keatasnya :-
1.Dimandikan
2.Dikafankan
3.Disembahyangkan
4.Dikebumikan

1 comments:

Norasikin Sapuan said...

Assalamualaikum.......
Subhanaulah..... Insaf betul bila ingat tentang kematian kaaaannnn.......

Post a Comment

DHIYAUDDIN © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute